Monday, January 31, 2011

Kehidupan Sebagai Student

  Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua.semoga hari ini merupakan satu hari yang bermakna buat anda semua. Huh, when we are student, it is very normal for us to have a thousand of works and assignments that must be submitted to the lecturer..biasala, ada test, ada presentation, ada group discussion, kena wat kerja, and banyak lagi. ala, normal la tu kan?

  Hahaha..bagi aku pun sama jugak. xboleh lari dari semua benda2 tu. esok , Selasa, 1 Februari aku ada latihan for the debate for the subject BEL 332.a preliminary English for Law..lepas tu, ada pulak kerja untuk subjek Global Issue. kena wat assignment. due date selepas cuti Tahun Baru Cina nanti. and then, after that, kena buat pulak outline untuk essai aku pasal legal topic untuk English subject..naik2 cuti nanti, dah kena mooting pulak untuk subjek Law III..aku dapat kes Tort Respondent. our cases, Jimmy Offkey (or my lecturer ckp, Jimmy Sumbang) v. Jalan Selamat. our client, Jalan Selamat. mmg masakla aku..hahaa.nasib baikla ada my best friend, Izwan and Leonard.diaowng memang rajin and advanced dalam kes ni.aku?erm,still merangkak2 lagi.he2.xpelakan?sikit2..banyak jugak benda2 baru yang aku kena belajar and tahu. tapi takpela. aku kan student. as a student, kena la belajar semua benda2 ni. berguna jugak untuk aku pe for my future right?janganla kita asyik nak merungut2 aje kalo xtau..kata susahla n wat eva.kita kena cube jgk.

   Finally, bila orang sibuk dok cakap nak g study kat oversea, aku pon teringin jugaklakan nak g.so, a thousand of thanks and appreciation to my beloved lecturer, Madam Nazida coz bagi info and courage for me to try ,my market  at United Kingdom.saje je nak apply.xkisahla dapat tempat ke x kan?xsalah mencuba kan?hu2..doakanla aku dapat.kalo xdapat pon xpe.local universities pun teror jugakkan?hu2..yang penting LAW. huhuhu

                                                                                                                

notamusafir : berserah kepada Allah Taala, sama ada ditempatkan dalam atau luar negara. yang penting,dapat sambung belajar..amin

Tuesday, January 25, 2011

Konflik Dinner

  Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk anda semua walaupun dimana sahaja anda berada.herm, dengar je tajuk entri kali ni, pasti korang rasa aku ada masalahkan?erm, actually ada.

   Ceritanya macam ni, dalam hujung bulan Februari ni nanti, semua budak2 Asasi 2010/2011 kena attend for the dinner.huh?!dengar dinner aku dah seronok dah coz  sebelum ni aku belom pernah lagi pergi mana2 dinner yang dibuat kat dewan konvensyen..kalo dulu kat sekolah, majlis jamuan yang tertinggi pun duduk kat Dewan Makan kesayangan sekolah aku, kat bahagian VVIP. tu jep. tapi kali ni, aku rasa memang grand(pada akula), majlis dibuat kat Dewan Konvensyen Shah Alam or SACC Mall. memang grand giler la.siap ada table and persembahan. aku dah excited giler dah ni. masalahnya timbul bila masa waktu penentuan seat untuk meja waktu dinner nanti.

  My beloved class rep( miss H) kata,kena tulis nama kat kertas untuk duduk mana nanti waktu dinner.satu meja ada sepuluh orang. Hai, masalah ni? getus hati aku.aku xtau nak duduk mana.aku xjanji lagi nak duduk mana..tau2 jep, nama aku dah de dah.Tapi, aku nak duduk dengan orang lain.Masalahnya, si tukang tulis nama and d group yang dah lobi aku tiba2 jep emo and cakap, benci kau (aku)..eh, dah pe kes?hermm..sekarang ni aku xtaula sama ada dia n mereka marah kat aku or what?pening2..susah betol nak jaga hati semua pihak..xboleh ker xpayah tulis2 nama semua ni..nanti masa dinner, kita datang dan terus je duduk kat mana2 meja yang available..herm..masalah..masalah..


kata musafir: cuba nak bergembira kat sana sedangkan ada pihak yang makan hati..

Friday, January 21, 2011

Tin Pepsi Limited Edition Siti Nurhaliza keluaran tahun 2000 berharga RM2000

   Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat anda semua...so,apa khabar anda hari ini?harapnya semua  berjalan lancar tanpa sebarang masalah..hari,aku xde kelas, so memang relax sikitla..huhuhu..semasa aku tengah melayari internet,aku ada bukak satu laman blog hiburan,iaitu BeAutiFul NaRa..dalam aku tengah tengok perkembangan terkini dunia hiburan, tiba2 ada la terpandang kat satu entri ni hah..pasal tin Pepsi limited edition Siti Nurhaliza keluaran tahun 2000 yang berharga RM2000?!!





  WOW?!!masa mula2 aku tengok,ingatkan main2 jep,rupa2nya betul..aje giler mahal harganya. and pemilik air tin ni boleh tahan pulak dari xminum air ni dari tahun 2000 lagi..memang dasyat.kalo aku,dah lama dah minum air Pepsi tu..lagi2 waktu panas2 kan?tapi dalam kehairanan aku tu,ada pulak yang xsedapnya,.bila aku baca komen2 kat situ.antara komen2 tu:



tu boleh tahan lagi..tapi tengok pulak yang ni.




     Aku sangat pelik bin hairan,asal la ada jugakan orang komen cam tu..ternyata mentaliti mereka masih berada di bawah tahap separa sedar..aku xcakap aku sokong tin air Pepsi tu dijual dengan harga RM2000, atau aku ni cakap benda tu xmembazir..pada aku pun,walopun aku ni minat giler kat Siti, tapi xdela sampai nak berhabis ribuan ringgit semata2 nakkan tin tu.as a student, aku tahu, duit sebanyak tu macam2 benda kita boleh buat.aku jugak xnak kata,orang yang beli tu sewel,xbetol, buang duit dan sebagainya sebab, aku rasa,lagi ramai orang yang mempunyai hobi yang pelik2 dan sanggup mengeluarkan duit jutaan ringgit semata2 nak memenuhi hobi dan minat mereka. memangla pada kita,nampak duit tu kita buat benda2 xberfaedah, tapi pada mereka,kalo dapat penuhi hobi mereka, merupakan satu kepuasan.as aku pun ada jugak hobi..suka baca and beli buku.xkisah buku apa,asal minat and finance pun cukup,aku angkat ma buku tu.

    Cuma,apa yang aku xpuas hati tu,kalo xnak beli,jangan la kutuk insan (Siti) tu dengan bermacam tomahan yang tak berasas.sebab bukannya dia yang jual and promotekan tin Pepsi tu..sedih bila mati dan mandul menjadi bahan gurauan oleh mereka semua..bukan nak jadi protective again insan tu,tapi kalo nak kutuk tu,agak2la kan.'joke of the year' okla...ni sampai siap boleh kata, "tunggu siti jadi arwah"@"jangan beli,nanti korang mandul"..pe kes ni?agak2la kan.benda2 macam tu bukan bahan gurauan kot.xkisah kalo xnak beli and kutuk2,tapi berpada2.cuba kena kat korang pulak camne?padahal bukan korang yang buat?i think in this case, the owner of the can also cannot be blame also.suka hati dia la nak jual berapa..ada orang nak beli ke tak,tu terserah la..kalo ada,xpela..kalo takde pun ok kan?i think this cases saje bagi diperbesar2kan..suka hati korang la apa yang korang nak fikir pasal aku,as pada aku, kalo nak kutuk,berpada2 la..ternyata,'insan2' seperti ini,masih belom boleh berfikiran matang.


p/s: sama2 la kita renung2kan ye.kalo aku,aku xbeli kot walaupun minat separuh mati..juga xkutuk gila babi,walaupun xsuka separuh mati..

Saturday, January 15, 2011

Contest Black & White paling "nyaman" dari cik gadis mata cokelat.

  Assalamualaikum..dan salam sejahtera buat anda semua..actually,semalam masa tengah syok berblogwalking,terperasan pulak ada contest kat cik gadis mata cokelat.sape2 nak join,klik je kat nama tadi and follow la dia. ni hah peraduannya..




  teringinla jugak nak cube nasib...

  kalo la saya menang RM100 tu, saya nak beli buku yang saya suka..dah lama dah simpan hasrat nak beli buku tu..so hopefully,my wish will be granted la..walopun tahu,persaingannya agak sengit dan ramai..but at least why don't we gonna try a shoot right?bebel jep banyak,ne pulak gambonye?ni ha..huhuhuhuhu




         so,aku jugak nak memperlawa mereka2 ni untuk join sekali contest ni.

   

Tarikh tutup adalah seperti berikut: 01 MAC 2011
cepat2 join yer?









Friday, January 14, 2011

Saiz XXL : APA SALAHNYA?

  Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat anda semua..apa khabar?sihat?baguslah kalo cam tu..

    So,entri kali ni,aku nak bercerita sikitla pasal being part in XXL..korang semua mesti pernah nampak orang yang bersaiz XXL kan?pe yang kowang rasa?aku yakin,kowang mesti akan cakap macam ni : "eh besarnya badan"..xpun, "mesti dia ni lambat nak jalan".ataupun "mesti xde sape2 nak kat dia"..erm,aku rasa memang tula antara 1001 soalan yang kerap bermain kat fikiran korang kalo setiap kali nampak mereka2 yang bersaiz macam ni..kerap kali mereka2 yang bersaiz macam ni menjadi gurau senda di dalam kelas, pejabat, universiti, dan kehidupan mereka..mereka akan hanya mampu tersenyum kelat, merelakan segala kutukan yang tingginya membakul.seolah2 maruah mereka layak diletakkan dibawah kaki..huh!memang tension beb..aku xnafikan yang aku pun turut being in part of this type of group..dahla kena tahan dengan segala kutukan,lepas 2,kalo bab2 nk berfesyen ni,memang boleh wat aku down giler2..coz what?coz memang ternyata amat sukar mencari saiz pakaian yang kita inginkan.

    Hati siapa yang xnak nampak cantik?tengok orang lain pakai baju lawa2,fit2..namun,apakan daya..kita hanya mampu melihatnya saja tanpa dapat menikmati keindahannya..senang la orang cakap,kecantikan datangnya dari dalaman,kecantikan itu terlalu subjektifla n bla.bla.bla...2 bagi mereka yang memang dah nmpak cantik dr luaran.tapi memang tak dapat dinafikan,manusia itu memang suka melihat kecantikan.



      Kadang-kadang aku sangat pelik..mereka yang memang dah ternyata kurus,tapi masih lagi sedih..sedih kenapa?sedih kerana mengatakan "aku gemuk x?"..OMG sangat2..pada mulanya,aku memang sedih dengan keadaan fizikal aku ni yang xmampu untuk menarik perhatian orang (esp.orang yang aku suka) tapi, bila aku fikir2 balik,wat pe aku menyesal?setiap orang ada kelebihan dan kekurangan dirinya masing2.mungkin ini antara kelemahan diri aku..serius,bukan xpernah aku cuba diet or what so eva,but still stick in this shape..nak wa camnekan?senang la orang cakap suruh kuruskan badan,coz mereka xrasa apa yang kita rasa..but,i think that it is okay to be large or different from the others..kan?selagi kita xada penyakit2 yang kronik seperti diabetes, kencing manis, sakit jantung, dan sebagainya..juga xmenyusahkan orangg lain..aku pernah jugakla down n geram bila orang jumpa aku,kata besorla,semangatla dan ntah pe2 lagila gelaran yang aku dengo pun cam xlogik jek..






    Tapi, bila aku baca satu buku bertajuk La Tahzan  atau Jangan Bersedih yang mengatakan anggap saja segala hinaan dan celaan orang sebagai angin lalu..dan ada juga dalam tu kata, sesungguhnya jadikan kritikan tajam itu sabagai satu penghormatan kerana ada sesuatu dalam diri kita yang orang lain tidak ada dan mereka mencemburuinya.aku jadi sangat bersemangat.aku xcakapla yang orang2 yang panggil aq dengan gelaran macam tu sebagai satu hinaan,tapi kalo kerap kali cakap benda sama je,sape yang xdownkan?mungkin mereka berniat untuk bergurau..aku memang xkisah nak bergurau,but agak2la kan?..tapi kadang2,kalo aku sowang2,aku tnya balik dalam diri aku,gemuk sangat ke aku ni?tu yang buat aku pressure kadang2..

     But i accept who am i right now.memang ada azam nak turunkan sikit berat badan ni ha..tapi 2la,kena sentiasa kuat semangat dan iltizam..so,kepada mereka2 yang bersaiz XXL kat luar sana,don't be afraid and down with yourself..bangunlah dan show them what u worth?!coz ramai jugak pe mereka2 yang bersaiz XXL berjaya..sape kata kita ni sbg 'bahan buli' selamanya..dan kepada mereka2 yang tidak bersaiz XXL,anda mahu bergurau,pada aku tiada masalah..tapi jangan sampai cross the line..coz aku ni pun manusia,yang kadang2 tu xboleh tahan dengan kutukan2.btw,lagu Firework dari Katy Perry sangat memberi inspirasi.ok,enjoy the video and Assalamualaikum semua...


p/s: tak semua kurus itu cantik dan tak semua gemuk itu buruk

Tuesday, January 11, 2011

11111: Dato' Siti Nurhaliza Bt Taruddin





 Assalamualikum dan selamat sejahtera buat anda semua walopun dimana jua anda berada..Hopefully kowang semua dalam keadaan sihat sejahtera..btw,hari ini,pada tanggal 11 Januari 2011 atau lebih sinonimnya, 11111, merupakan ulang tahun hari jadi seorang penyanyi yang amat aku suka and adorable?!so,untuk entri kali ini,aku dedikasikan khas untuk seorang insan ini.walopun aku tau,dia mungkin xkan baca,but at least, it is a sign of my appreciation towards her..Orang itu tidak lain tidak bukan ialah Dato' Siti Nurhaliza Bt Taruddin.

    First of all, wanna wish u, happy birthday?!semoga hidup anda sentiasa dirahmati dan sentiasa diberkati oleh Allah Taala. Semoga sentiasa maju dalam setiap bidang yang baru diceburi dan sentiasa memberi sesuatu yang baru untuk industri seni..Hiraukan segala kritikan dan cacian orang kerana kita tahu,dalam dunia ini,xsemuanya sentiasa sukakan kita..betol x?hehehhee






   so,macam mana aku boleh minat si Siti ni?first of all,mula2 memang aku xminat sangat pada mula2 Siti muncul kat industri seni ni.aku lebih suka Ziana Zain.menyampah bila setiap kali je anugerah pe2 pun,mesti siti bolot..tapi,entah macam mana, lepas je dia menang banyak2 tu, cara pembawakan diri dia yang sangat bersederhana and merendah diri membuatkan aku 'melihat' siapa siti ini dan mengapa sampai sekarang,semua orang sayangkan dia ni..sampaikan dia nak kahwin dengan siapa pun,semua orang turut nak ikut sama menentukan jodoh dia..sampai lagu Biarlah Rahsia tercipta untuk menggambarkan perasaan beliau pada waktu tu.padahal itu terserahla pada tuan empunya badan.tengok tu betapa kuatnya aura insan yang bernama Siti Nurhaliza ini.dek kerana aura dia juga,nama dia jugak dah sinonim dengan negara seberang sampai pernah ada statement cam ni "gayang Malaysia,selamatkan Siti Nurhaliza"..huh?!memang berpengaruh betol insan ni..



Siti masa sekolah dulu2

Siti dulu2

Sebelum kahwin

lawakan?

bersama Dato K..hehehehe

sekarang still maintain je kan?
         Antara kejayaan2 Dato Siti kita ni yang buat impress gila-gila adalah
  • Mase dia perform dengan Gareth Gates MTV Asia 2004, MTV Asia 2005 yang turut berkongsi pentas bersama Kelly Clarkson
  • Membuat persembahan kat Royal Albert Hall London 2005
  • Menang banyak kali kat AIM
  • 13 kali berturut2 memegang trofi Penyanyi Wanita Popular dan 7 kali menang Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Bintang Paling Popular ABPBH09
  

  So apa2 pun,thanks a lot kepada Siti Nurhaliza kerana melalui dia, ia telah memberi aku banyak inspirasi dalam hidup ini.so, semoga Siti sentiasa maju dalam bidang seni ini dan terus menjadi legenda..

p/s: masih lagi tercari-cari,siapa yang akan menjadi penyanyi kesayangan ramai jika Siti mengundurkan diri dari bidang seni suara ni...

Monday, January 10, 2011

Tahniah buat Sang Juara AJL25: Ana Rafali

 Assalamualaikum dan salam salam sejahtera buat anda semua..so,macam mana dengan keputusan AJL25 kali ini yang menobatkan Ana Rafali dengan lagunya Tolong Ingatkan Aku? seriously,aku pun terkejut giler dengan kemenangan ni.target siap2 dah Faizal Tahir akan menang.tapi,kita kena ingat, AJL bukannyer dinilai berdasarkan kepopularitian seseorang..ia dinilai dari segi lagu,lirik dan melodi.as we know,it is really subjective.terserah kepada hakim untuk menilainya..(lagu banyak bukan menjadi penjamin akan menang dalam pertandingan)

    Tapi,dari apa yang aku perasan, AJL tahun ni kurang menyengatla berbanding dengan tahun lepas.tiada 'wow factor'. I don't know why,tp tula..antara yang buat AJL kali ni kurang menyengat ialah:
  1. pengumuman keputusan yang dilihat seperti tergesa-gesa dan tiada unsur suspen
  2. pentas dah cukup besar,tapi xsemua artis manfaatkannyer
  3. gaya persembahan plk,ramai la yang wat drama,salin2 baju dan sebagainya.membuatkan persembahan mereka sama aje
  4. ramai yang pakai baju warna putih:Ana Rafali,Hafiz,Shahir
   Tu pada pendapat aku la.tak taula kowang semua camne kn?btw,persembahan dari Francesca Peter,Nash,Dato Sharifah Aini, Ziana Zain and of course,my beloved one and all of u, Dato' Siti Nurhaliza..memang mantap der aku cakap?!Ziana Zain dengan lagu dia bawak,Anggapanmu dan Madah Berhelah, memang kelas.best..begitu juga dengan Kak Pah kita.walaupun dah lama dalam industri seni,tapi masih lagi memukau audience dengan aura dan suaranya serta dengan penampilannya yang berlitup sekarang ni..n of course,persembahan dari Dato' Siti Nurhaliza la yang paling aku nanti2kan.memang berbaloi aku tunggu.first2 masuk,dh bersilat.memang mantapla.tapi aku agak terkejut,ingatkan Siti dah tanggalkan dia punya penutup kepala,tapi rupanya x.dia pkai skarf hitam yang memang dilihat dari jauh macam rambut. lagu Cindai,Nirmala dan Balqis membuatkan aku teringat balik siti masa bertanding kat AJL dulu2 and memeriahkan pentas yang besar tu.yela,dengan penari2 yang ramai,of coursela penuh..rindu pulak nak tengok lagu2 etnik kreatif dipertandingkan macam dulu2.Noraniza Idris and Siti la yang selalu akan memeriahkan pentas kalo lagu diaowg masuk final bawak lagu etnik kreatif.mmg superb aku cakap?!kalo pentas tu xpenuh,memang xsah.hehehe..btw,congrate to all the winner tonight?!

     antara pemenang2 AJL25 kali ini ialah:


Juara Lagu 25 - Ana Rafali, Tolong Ingatkan Aku


Naib Juara AJL25 - Meet Uncle Hussien, Drama King


Ketiga AJL25 - Hafiz, Noktah Cinta



Persembahan Terbaik AJL25 - Faizal Tahir, Hanyut

Vokal Terbaik AJL25 - Hafiz, Noktah Cinta




  Btw,apa2 pun,tahniahla buat para pemenang sekalian untuk edisi kali ni..kepada yang xberjaya,cuba lagi ye tahun depan..hehhehe.selamat malam dan jangan lupa download lagu Anan Rafali-Tolong Ingatkan Aku ye?!hehehe.


p/s:masih lagi terfikir2 untuk persembahan Faizal Tahir dalam Hanyut..adakah memang betol  ke FT masuk dalam balang air 2?atau itu just garfik komputer yang telah dirakam awal and sebenarnya dia just disiram air dengan baldi/paip masa kt bawah?erm,..misteri2..terhibur jugak waktu Selamat Malam, Noktah Cinta, Cinta Sempurna, Jahat. dan banyak lagi.

Sunday, January 9, 2011

Anugerah Juara Lagu 25

  Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat anda semua..first of all,aq nak ucapkn 'SELAMAT TAHUN BARU 2011!!" agak janggalkn aku baru wish?tapi nak wat macam ne,aku memang sibuk sangat2 seminggu ni dengan kerja & assignment dekat u ni..naik2 cuti jep,ada je kerja yang nak kena buat..ari minggu nila yg baru ada mase cket nak dluangkn depan lappy,menulis blog.hehehehe..so,macam ne dengan seminggu dalam tahun baru kowg?aku?aku..mmg teruk cket awal2 tahun baru ni..pd 3 Januari yg lepas,aku pergi BSN lepas kelas pkul 11 coz nak beli no.pin upu.punye la brani coz lepas 2 ada kelas lagi..mse nak balik,hujan..dahla 2,bas xde..paling terok skali,aku pergi kelas pkul 2.45..2.45 tau!!aje giler..nasib bek madam xmarah..lega jep rse..btw,ari Rabu lepas,our beloved negarawan,Tun Dr. Mahathir Mohamad datang ke UiTM Shah Alam bagi memberi ucapan untuk seminar..aku dapat peluang ni untuk jumpe Tun depan-depan and it is an unforgettable moment for me.

Tun dekat UiTM Shah Alam
Road-tax kereta Tun

   Sepanjang  minggu ni,aku memang sibuk giler ngn kerja..kerja dan kerja..penat betol?!hehehe..so,bagi melepaskan geram dan penat, hari Jumaat tu,aku g UM.kata Izwan(kawan aku) ada Book and PC Fair kt sna..so kami pun pergila..tapi aku ni kalo g UM, ada je kenangan yg buat aq menyampah..hehehehe..so smpai la kt sna..mmg sah?!ad bookfair..mata aq rambang dibuatnyer..lama jgk kt sna.aq membelek2 buku2 yg mmg ternyata murah dan pilih ne2 yg patot.memang berbaloi..aku ada jugak beli mouse baru and beg lappy.he2..dalam sibuk2 membelek2 buku,tetiba ada orang cuit aku dari belakang.huh,kwn lama..tp dia cam xsuke jep aku datang..xpela,biarlah dia..malas nk fikir2..

  huh,dalam penat-penat ari Jumaat g UM,ingtkn dah xnak jln2 lg..tapi aku ni pantang ckit sebut jalan2 ni..kawan aku (Shiqah,Rozanna,Nabilah Pojian) ajak g Jln TAR..dsebabkn aku pn mmg xpnh g sna,aku pn setuju. kami (aku,izwan,naufal,shiqah,nabilah pojian,rozanna) pun jalan2 le kat sna.enjoy the picture sekitar KL.hu2

Naufal and Izwan kt Jln.TAR
kedai baju @Jln.TAR
owh,inilah SOGO.


Posing dengan payung kat Jln.TAR
   btw,malam kemuncak AJL, anugerah yang paling ditunggu oleh seluruh lapisan masyarakat telah kembali.dan ia adlh mlm ini?!.sedar2 dah 25 tahun penganjuran AJL ni..tahun ni,persaingannya memang sengit?!aku cakapla..memang semua lagu ada keistimewaan mereka sendiri..dulu, ingat lagi masa sekolah, punya la nak tengok sangat AJL ni,sampai sanggup skip kelas prep..tengok,betapa kuatnya pengaruh and kuasa AJL.ha2.




 ada 14 lagu yang dipertandingkan mlm ini..dan 2 lagu milik Faizal Tahir,Hanyut dan Selamat Malam..aku rasa,malam ni mesti gempak punyala..rugi kalo sesiapa tak tengok.dengan artis2 yang membuat persembahan and yang bertanding,one words that i can describe it..SUPERB?!dengan adanya Dato Siti Nurhaliza untuk segmen khas untuk dia,membuatkan aku tak sabar2 sgt nk tgok.rugi kalo korang semua xtengok..

lawakan pentas utama?

best seh!

antara persembahan yang bakal dibuat Dato Siti Nurhliza malam ni.gempakkan?

terima kasih kpd http://www.melvister.com/, for the picture

  so,dari gambar,memang hot, happening. menarik and mengujakan bukan?aku memang xsabar2 nk tengok..ok,nk tengok kt ne? malam ni,kat TV3 pukul 9 malam..jangan lupa pulak..semua owng ada target,so aku pun nak jugak wat target2 ni ha.


  • Vokal Terbaik - Black (Sofea Jane)/Faizal Tahir(SelamatMalam) 
  • Persembahan Terbaik - Faizal Tahir(SelamatMalam)/Stacy(Jahat)
  • Ketiga - Shahir(Kebahagian dalam Perpisahan)/ Adira(Ku Ada Kamu)/Ana Rafali (Tolong Ingatkan Aku)
  • Kedua - Yuna(Cinta Sempurna)/A.P.I(Pelita)
  • Sang Juara-Faizal Tahir(Selamat Malam/Hanyut)
 
 
 
antara ke-3

 


naib johan
 
 


Johan




apa2 pun,sama2 la kita tunggu keputusannya malam nanti ok?aku nak pergi mandi dan solat kejap..lepas ni AJL..mmg xsabar aku nak tengok..kowng semua pun jangan lupe tgok ye..he3...Assalamualaikum dan bye2..