Saturday, February 26, 2011

Dinner Asasi Law UiTM Shah Alam 2011@Shah Alam Convention Centre

     Assalamualaikum dan salam semua. meh sini, seperti yang dijanjikan, aku nak cerita pasal dinner yang aku sibuk2 cakap semalam. hu2..ok2.mari kita mula. hari ni,( Jumaat) , lepas habis kelas, aku, Mamat Hazwan, Norizul Naufal (roomate), Fatin Dell, Mira dan Idah pon bergerak ke Plaza Alam Sentral. Sebenarnya, hajat di hati nak mencari baju untuk dinner for the last minute. pusing punya pusing, jumpa satu vess warna putih.lawa kot. harga pon dalam lingkungan bajet yang dianggarkan. pikir punya pikir, last2, aku xbeli pe2.ha2.buang masa je pergi sana. yang dapat pe? pergi sembahyang jumaat kat masjid Biru (Masjid Negeri Shah Alam) aje.

      nak tau aku pkai per?simple ajer. baju kemeja coklat, with black blazer and slacks with my white snickers.ha2.tu aje.plus, with my topi ala2 Jason Miraz (orang kata, bukan aku). petang tu, kami lambat. memang huru-hara.last2, dapat masuk jugak kat SACC tu hah.tengok2, miss su dah duduk dah kat meja.meja aku no.20, betol2 tepi jalan utama.but, yang xbestnyer, semua classmate aku, duduk jauh2. dah la tu, dak2 semeja aku,  Shakirah Abazah, Ros, Chod and Hazard mai lambat.he2, but finally they managed to get into there.

     Aku tengok, malam tu, semua pakai cantik2 and lawa. yela, xkan la pulak nak pakai hodoh and selekehkan? muka, masing2 tepek make-up.amboi, kelas gitu.yela, bukan selalu. aku dengar cerita, ada budak tu, siap belanja overall hampir seribu ringgit just for that night. aku pulak? xsampai berpuluh2 pon.hu2. yela, mana la aku mampu nak beli benda2 branded ni hah.

     Overall, memang superb malam tu. persembahan tarian and nyanyian yang mantap. but kesian la dekat mereka yang duduk kat belakang as kena donggak kepala nak tengok persembahan. aku enjoy malam ni. thanks a lot kepada ahli komuniti yang bertungkus-lumus nak menjayakan malam dinner ni hah. penat kot..akhirnya, usaha mereka berbaloi.  meh kita tengok sekitar dinner malam tadi:

dalam Hall SACC


meja n0.20 ye..



makanan belom lagi sampai daaa







bergambar dengan Dato' Irmohizam, one of our beloved lecturer

siapakah gadis ini?kluenyer, dia seorang lecturer


masing2 nak bergaya

Mus dan Win( Azreen Malik), my classmate




siapa ni?hahahaha


   In conclusion (eh, ayat cam nak wat essay BEL la pulak) aku puas hati dengan dinner ni as before this, i never attend to any function like this. but, masa nak balik tadi, agak kelam kabut sikit.xsempat aku nak bergambar depan pintu masuk. But, overall, best and awesome. jom buat lagi!!( gile apa kau ni hah Hanafi??hehehe).okla,esok ada kelas ganti la pulak. Selamat Malam and ketemu lagi di masa hadapan. Assalamualaikum dan gud nite everyone?!
                                                                                                    

nota musafir : penat + seronok + puas - stress x kawan2 / masa = Dinner Asasi Undang-Undang 2010/2011





Friday, February 25, 2011

Pre-Dinner Asasi Law UiTM Shah Alam 2011@Shah Alam Convention Centre

 Assalamualaikum semua. So, hari ni, aku xde kelas dari pagi (padahal kau ponteng kelas BEL tadi..:P)hahahaha.ok2, xpe.kelas last, so aku pon xpergila kelas.sedap sangat tido ni hah.aku ponteng ngan kawan sekelas aku, Hazwan Helmi.tengah hari baru sedar. nasib baik bangun, coz petang tu jugak ada rehassal( slah ke x, aku pon xtau ejaannye.hu2) untuk grand dinner for our Asasi Law students kat Shah Alam Convention Centre. wow, memang seronok giler weh.aku xpernah kot pergi mana2 dinner sebelom ni hah.excited xpayah ceritala macam mana.

   Tempat dia memang superb. Nanti, malam esok , kami duduk dekat seat 20. dah usha2 kejap, cantik!.kat main laluan utama kat hall tu. view nak tengok stage pon lawa. terbaik la..masa tengok persembahan yang bakal dibuat malam nanti, memang best dowh aku cakap. terbaik dari LADANG.ngan tarian dia, nyanyian dia, SUPERB?! n hope sangat yang nanti, malam tu, dapatla cabutan bertuah..hahahaha.tapi, yang buat spoil mood aku ialah, aku xtau nak pkai baju apa lagi. sampai last2 minit ni pon, still buntu nak sarong baju per.takkan nak bogel pulak, aje gila ke apa?buang tabiat?yang buat aku lagi xsedap, malam tu, ada award for the most disaster fashion. memang mampos kalo aku dapat..gile kau aku nak naik pentas, nak amek award tu.dah PE KEJADAH?!seumur hidup malu kot.hahahahah..still blur lagi nak pkai per.any suggestion?


   so, untuk mengetahui kemeriahannya ke x, kita tunggu esok ye?!!selamat malam semua!

                                                                                                       


nota musafir : tak sabar nak tunggu esok dan sekalung penghargaan kepada ahli2 komuniti for this event coz success to organized this event.two thumbs up for u guyz k??!

Thursday, February 24, 2011

Lastly..satu insiden telah berlaku

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.hari ni, ada benda menarik telah berlaku..serius menarik..tapi sebelum tu, aku nak cakap yang aku akhirnya sudah abis MOOTING?!!!!gembira sakan rasa hati ni..padahal final exam belom lagi..hahha..kau orang mesti pernah rasa lega kan dari dibelenggu benda2 yang membelit diri kau berminggu-minggu?so tu la perasaan aku sekarang ni.don't argue it with me..

  Ok.back to the point.serius ni hah..petang tadi, telah berlaku satu insiden yang tidak dapat dikawal. seseorang mahluk Allah, telah diserang emosinya oleh berbilion2 manusia lain yang masing2 memang tidak mampu lagi menahan tembok marah. sebenarnya, mahluk ini, memang dari awal lagi agak kureng menyenangkan..but still, kami boleh tahan.setelah dibiarkan, amkin menjadi2 nampak.habis semua dikutuknya. petang tadi, pelbagai2 emosi yang dizahirkan, dan tersembur segala apa yang tersemat di dalam sanubari masing2.tapi aku dok tepi ajer.tengok aksi ni berlaku..tapi apa yang buat aku geram, si mahluk yang diserang tadi still, xsedar2 lagi, sombong, minta maaf dengan tidak langsung menampakkan keikhlasan, tidak bersungguh-sungguh,malah, xpuas hati lagi dengan mengatakan semua orang bahan dia.dia xbersalahla n what so eva..wah, ini memang melampau.one words can be describe to it..WAT D FAK!geram giler kot.dah disembur dengan semua orang, but still, anggap diri tu sentiasa betol.hai, ada jugak mahluk camni kat atas muka bumi ni hah..

  But through this things, i had learnt a lot of useful things dalam meneruskan kehidupan aku. kita kena faham, memang dunia ni dilahirkan dengan pelbagai ragam manusia dan xsemua ragam tu kita berkenan.tapi, kalau kita aje nak orang faham kita tanpa kita perlu memahami orang lain, bukankah itu agak keterlaluan? lagi satu, pernah tak kau fikir perasaan orang yang kau kutuk tu?setidak2nya, cuba la memahami isi hati orang yang kau kutuk tu.dia tak pernah cari pasal dengan kau, kau pulak terhegeh2. n please, ada lagi insan2 kat dunia yang sejuta kali lagi hebat dari engkau..


Ilustrasi sahaja.tiada kaitan dengan cerita
                                                                                                                

nota musafir :pandai pulak kau kata Tuhan itu ada.abis yang kau selama ni cakap, kau xdapat hidayah lagi coz Tuhan xbagi lagi pe kes? insaflah wahai 'sahabatku'..cuba berubah.aku bukan nak condem kau.

Saturday, February 19, 2011

Alahai...apela nasib!!


  Assalamualaikum semua..dan salam sejahtera. salam hujung minggu.mesti seronokkan kalau hujung2 minggu ni, dapat relax2, makan kepek depan tv...huhuhu

  herm, semalam, bersamaan dengan hari Jumaat,  aku mengalami satu mental disorder yang xdapat dikawal..ia telah menyerang aku tanpa dpat diduga. aku sebenarnya memang dah planning awal2 lagi dah yang this weekends, aku nak balik rumah aku kat Muar tu hah..nak tengok keadaan parents aku  macam ne, ok ke x, rumah lepas surut banjir macam mana n what so eva. punya la hati ni berkobar2 nak tolong pe2 yang patot nanti bila balik rumah nanti. selin rindu dengan parents aku..hehehehe..dalam kepala dah membayangkan ni hah

  So, haru Jumaat semalam, aku pon kemas2 la pe2 yang patot yang aku nak bawak.(xsemua barang2 dalam loker aku bawak), then, kawan aku, Zaki Razak cakap, 'kau nak balik bile ni?'..aku ngan slumbernye jawab, 'ala,ptg cket nanti kot..bas aku banyak kot..xabis punya tiket'..huhuhuhu..mereka2 yang kain pon tanya soalan yang sama..maka jawapan yang sama jugak aku bagi..

  tepat jam 6.30 petang, aku gerak.tunggu punya tunggu, bas datang lambat. pukul 7.30 baru sampai kat stesen bas Seksyen 17 yang tercinta.jenggah ke kaunter bas, nak tau pe abang kaunter tu cakap?

         " malam ni bas xgerakla dik.esok pagi ada"
          'HAH????!!!"

OK2..NOW , I'M IN A BIG TROUBLE?!relax2..cool2..aku pon pergi terjah lagi satu kaunter bas..n then,

        'bas penuhla dik!!"









aku blur kejap..sejak bila la pulak tiket bas nak balik Muar ni penuh????pastu, baru teringat tiket bas malam nak ke Muar sebelah malam, ada dua bas ajerrr....melepas aje nak balik kampung dan duit tambang teksi, RM13 melayang camtu aje...balik semula ke bilik, sudah..aku menjadi bahan...cissss
                                                                                                         
notamusafir: tula,lain kali gerak awal2 cket..ni semua salah DIRI SENDIRI!!huhuhu

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul..




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua. maafla, agak la jugak aku xupdate blog ni hah dek kerana kesibukan dengan assignment yang menimbun2 ni hah.. so, kaifa ha lukum? jaid? na'am..hehehehe..

bukan nak membangga, tp nak refresh kan balik pe yang aku ada belajar..cket2 je ingat coz lama dah xpraktikkan Bahasa Arab ni hah.so, hari ni, pada 15 Februari 2011, ataupon bersamaan 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah adalah tanggal yang mulia di mana Rasul junjungan kita, yang juga merupakan Penghulu segala Nabi dan Rasul telah dilahirkan di dunia oleh ibunya, Aminah. Baginda, Muhammad B Abdullah merupakan seorang yang maksum,iaini suci dari segala sifat2 keji dan mengaibkan. 

Kelahiran Muhammad di tanah Makkah Al-Muqarramah, telah menyaksikan pelbagai peristiwa telah berlaku. Antaranya, baginda sudah dilahirkan dalam keadaan bersunat, ibunya , Aminah tidak berasa sakit sewaktu melahirkan Baginda. Api yang menjadi sembahan kaum Majusi, yang tidak pernah terpadam selama beribu-ribu tahun, terpadam dengan sendirinya. Tentera bergajah, yang diketuai oleh Abrahah yang ingin menakluki Kaabah seterusnya memusnahkannya, telah dihalang apabila, Allah Taala telah mengutuskan burung Ababil, yang membawa batu2 kerikil dari neraka untuk membinasakan mereka.

So, tu adalah serba sedikit yang dapat aku kongsikan dengan anda semua mengenai sirah junjungan mulia kita, Nabi Muhammad S.A.W. aku yakin, anda semua, mengetahui serba sedikit mengenai sejarah kehidupan Baginda yang penuh dengan onak dan duri. Teringat lagi apabila Baginda pernah dibaling najis, mendapat ugutan bunuh dan dipulaukan, namun semangat jihad baginda dalam menyebarkan syiar Islam, sangat hebat! 

Teringat lagi, masa dulu2, waktu sekolah rendah. aku pergi sekolah agama belah petang dan ada belajar Sirah. saat aku membaca detik2 terakhir riwayat Rasulullah S.A.W, aku menitiskan air mata aku. tanda tidak dapat menahan sebak...walaupun disaat akhir riwayat baginda, beliau masih lagi menyebut..."ummati..ummati..ummati" iaitu "ummatku,ummatku,ummatku"..

Betapa kasihnya Baginda terhadap umatnya hingga pada penghujung nyawanya, masih mengingatkan kaummnya. sungguh bertuah kita menjadi umat Muhammad, kerana di Akhirat kelak, kita yang bakal dihisab dahulu, jika kita berterusan membuat dosa, Baginda memohon kepada Allah Taala agar tidak menurunkan bala sekaligus, seperti kaum2 sebelum ini yang musnah ditimpa bala Allah Taala. Rasionalnya? agar kita sempat bertaubat dan memohon keampunan dari Allah Taala..

Di kesempatan ini, saya menyeru anda semua (termasuk diri ini yang tidak pernah sempurna) agar sama2 lah kita mengingati Rasullulah dan sentiasa bersalawat keatasnya.kerana selain mendapat pahala, selawat kita akan dijawab oleh Baginda seolah2 kita memberi salam kepada Baginda..dan Rasulullah S.A.W juga, insya-Allah, akan turut mengingati kita walaupun kita tidak pernah bersua..

                                                                                                    

notamusafir: Nabi Muhammad S.A.W adalah satu contoh yang terbaik merangkumi semua benda.








Monday, February 7, 2011

Saatku Toleh ke Belakang..Tenggelam Semuanya..

  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!apa khabar?hopefully, everything gonna be alright.so macam mane dengan cuti holiday Tahun Baru Cina kowang?mesti seronokkan?yela, dapat makan limau, berehat bersama keluarga tercinta dan sebagainya..but for me, cuti kali ini adalah cuti yang paling menyedihkan buat aku..kenapa?meh aku bagitau sikit.

  Kan aku ada cerita yang rumah aku kali ni kena banjir..aku sedih giler la..coz banyak barang kesayangan aku tenggelam dengan air dan xdapat diselamatkan. Kesian jugak kat mak aku yang kena angkut barang sorang2.yela, waktu tu, adik aku kat sekolah. ayah aku kerja. erm,..terpaksala aku meredhakan semuanya sekali walaupun hatiku ini pilu dan sedih. masa nak balik kampung aritu, aku kena naik bot nak ke Lenga, Muar. yela, jalan xboleh lalu.dalam giler aku cakap. masa dalam bot tu, aku sebak sangat2. yela, bila aku tengok air kat mana2 je. bumbung rumah abis tenggelam. dahla tu, bila sampai kat pusat pemindahan banjir, dapat jumpa parents aku kejap je coz takut bot nak patah balik xde.

  Sepanjang cuti, aku stay kat rumah makcik aku kat Pagoh. tu pon, aku tengok, air dah naik kat kedai2 berdekatan. stesen minyak Shell abis tenggelam. dalam hati aku cakap pe, cepat la air ni pergi.jangan la lama2 sangat.kesian kat parents aku and mangsa2 banjir. ada yang baru je abis hutang beli perabot baru,tuptup, banjir lagi. memang ramai yang xsangka banjir kali ni akan berlaku coz dah bulan 2 kan?sape tau..tapi tula nak menunjukkan kekuasaan Allah Taala keatas hamba-hambanya. DIA boleh tentukan bila2 masa je banjir nak berlaku kat mana. aku still ingat lagi antara pesanan kawan aku dan ustaz aku.."mungkin dengan musibah, dapat menghapuskan dosa2 dan mungkin sesuatu menanti kita di masa hadapan...aku redha, aku pasrah walaupun saatku toleh ke belakang, tenggelam semuanya...

  ada beberapa picture yang aku and my abang long dapat tangkap masa naik bot:








waktu dalam bot


kereta yang xdapat diselamatkan


signal berhenti pon sampai tenggelam



Bot yang patah balik



dah macam kat tasik yang kat Langkawi tu




ni baru sebahagian gambar sekitar Lenga.gambar rumah aku tenggelam nanti aku letakkan coz adik aku xsempat nak amek.tunggu bila aku balik lagi sekali..


                                                                                                         


notamusafir: kepada kedua ibu bapa, makcik, penduduk Lenga serta mangsa2 banjir sekalian, semoga anda sabar dan kuatkan semangat dalam menghadapi dugaan dari Allah Taala ini.insya-Allah,hikmah menantimu..

Tuesday, February 1, 2011

Antara Ketakutan dan Kesedihan

  Assalamualaikum semua. apa khabar? sihat?ok2..bagus..hari ni, adala sikit cerita yang aku nak kongsikan bersama.huhuhu..Ok, ceritanya camni. Malam semalam, masa aku kat Seksyen 7 Shah Alam, tiba-tiba je my beloved mother called me. aku ingatkan ada pe la.rupa-rupanya, rumah kesayangan kami sudah dinaiki AIR?!!dan sekarang mereka kat pusat pemindahan banjir.adoyai..bagai nak gugur jantung aku bila dengar. yela, bukan pe, trauma dengan banjir besar sebelum ni pun belom hilang lagi.aku ingatkan rumah kami xkena.yela, dah bulan 2 kan?sape yang target akan BANJIR kan?tapi tula..dah dinamakan kuasa Allah Taala, yang boleh tentukan kat mana and bila2 masa je nak banjir kat ne, membuatkan aku tersedar dan redha dengan ujian semua benda ni. yela,mungkin ada hikmah yang menanti kepada keluarga kami.mana tahu kan?lagi pun, bukan kami je, hampir semua kawasan penduduk di sekitar lembah Sg.Muar pun turut terjejas sama.lagila,kepada kaum Tionghua yang  bakal menyambut Tahun Baru Cina lagi berapa hari ni,mesti sedih and frust.yela,segala persiapan nak sambut tahun baru cina rosak.hermm,nak tengok gambo banjir?nanti aku balik cuti ni, aku uploadkan ye.hu2


    And then petang tadi, aku  g ke moot court at my faculty.nak tengok mooting for class LWA02E (kelas Shakirah Abazah) punya gaya2 yang boleh aku applykan nanti untuk my turn pulak.serius..cuak aku tengok. my lecturer asking on that moment jugak.aje giler.kalo akula, macam mana eh?hopefully  x jumpy kat situ nanti.tahniah kepada my friend, Ros, coz been awarded as the best mooter for the tournament.hu2.aku harap, walopun xdapat jadi the best, it is okay if I can manage to control my nervous and show the best that I can.doakan aku ye..

                                                                                                     

notamusafir: hopefully, tak gelebah sampai blur nak cakap pe..