Tahniah buat Sang Juara AJL25: Ana Rafali

 Assalamualaikum dan salam salam sejahtera buat anda semua..so,macam mana dengan keputusan AJL25 kali ini yang menobatkan Ana Rafali dengan lagunya Tolong Ingatkan Aku? seriously,aku pun terkejut giler dengan kemenangan ni.target siap2 dah Faizal Tahir akan menang.tapi,kita kena ingat, AJL bukannyer dinilai berdasarkan kepopularitian seseorang..ia dinilai dari segi lagu,lirik dan melodi.as we know,it is really subjective.terserah kepada hakim untuk menilainya..(lagu banyak bukan menjadi penjamin akan menang dalam pertandingan)

    Tapi,dari apa yang aku perasan, AJL tahun ni kurang menyengatla berbanding dengan tahun lepas.tiada 'wow factor'. I don't know why,tp tula..antara yang buat AJL kali ni kurang menyengat ialah:
  1. pengumuman keputusan yang dilihat seperti tergesa-gesa dan tiada unsur suspen
  2. pentas dah cukup besar,tapi xsemua artis manfaatkannyer
  3. gaya persembahan plk,ramai la yang wat drama,salin2 baju dan sebagainya.membuatkan persembahan mereka sama aje
  4. ramai yang pakai baju warna putih:Ana Rafali,Hafiz,Shahir
   Tu pada pendapat aku la.tak taula kowang semua camne kn?btw,persembahan dari Francesca Peter,Nash,Dato Sharifah Aini, Ziana Zain and of course,my beloved one and all of u, Dato' Siti Nurhaliza..memang mantap der aku cakap?!Ziana Zain dengan lagu dia bawak,Anggapanmu dan Madah Berhelah, memang kelas.best..begitu juga dengan Kak Pah kita.walaupun dah lama dalam industri seni,tapi masih lagi memukau audience dengan aura dan suaranya serta dengan penampilannya yang berlitup sekarang ni..n of course,persembahan dari Dato' Siti Nurhaliza la yang paling aku nanti2kan.memang berbaloi aku tunggu.first2 masuk,dh bersilat.memang mantapla.tapi aku agak terkejut,ingatkan Siti dah tanggalkan dia punya penutup kepala,tapi rupanya x.dia pkai skarf hitam yang memang dilihat dari jauh macam rambut. lagu Cindai,Nirmala dan Balqis membuatkan aku teringat balik siti masa bertanding kat AJL dulu2 and memeriahkan pentas yang besar tu.yela,dengan penari2 yang ramai,of coursela penuh..rindu pulak nak tengok lagu2 etnik kreatif dipertandingkan macam dulu2.Noraniza Idris and Siti la yang selalu akan memeriahkan pentas kalo lagu diaowg masuk final bawak lagu etnik kreatif.mmg superb aku cakap?!kalo pentas tu xpenuh,memang xsah.hehehe..btw,congrate to all the winner tonight?!

     antara pemenang2 AJL25 kali ini ialah:


Juara Lagu 25 - Ana Rafali, Tolong Ingatkan Aku


Naib Juara AJL25 - Meet Uncle Hussien, Drama King


Ketiga AJL25 - Hafiz, Noktah Cinta



Persembahan Terbaik AJL25 - Faizal Tahir, Hanyut

Vokal Terbaik AJL25 - Hafiz, Noktah Cinta




  Btw,apa2 pun,tahniahla buat para pemenang sekalian untuk edisi kali ni..kepada yang xberjaya,cuba lagi ye tahun depan..hehhehe.selamat malam dan jangan lupa download lagu Anan Rafali-Tolong Ingatkan Aku ye?!hehehe.


p/s:masih lagi terfikir2 untuk persembahan Faizal Tahir dalam Hanyut..adakah memang betol  ke FT masuk dalam balang air 2?atau itu just garfik komputer yang telah dirakam awal and sebenarnya dia just disiram air dengan baldi/paip masa kt bawah?erm,..misteri2..terhibur jugak waktu Selamat Malam, Noktah Cinta, Cinta Sempurna, Jahat. dan banyak lagi.

Comments

Popular Posts