Tuesday, August 30, 2011

Engko Orang Beraya ke idak?he2

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat korang semua?
tengah buat apa tu? kalo sedang makan ketupat ke, rendang ke, kuah lodeh ke, curi2 makan kuih raya dalam bekas ke, or apa2 ke,
tinggal2kanla untuk aku sikit boleh?(macam rumah aku xde je.ha2).

Selamat Hari Raya Aidilfitri, minal aidil walfaizin korang. kejap je kan dah raya? 
aku ingat lambat lagi.ha2 .rumah korang sekarang mesti meriahkan dengan langsir baru,perabot baru, baju baru, dan segala yang ada baru di hujungnya.Raya ni memang best. macam2 benda ada. 
kuih raya yang pelbagai jenis dari tradisional sampai la ke moden sehingga aku pon xpernah 
dengar nama kuih tu, duit raya, langsir baru or direcyle balik,balik kampung, family yang berkumpul, mercun dan bunga api, pelita likur.semua ni, memang xdapat dipisahkan. ye dak?
Hari raya je la masanye benda2 ni semua timbul.kalo hari2 biasa,tetiba aje gantung pelita,
tu namanya gile.he2.

eh, aku ada tertinggal satu lagi.Kad raya. sekarang ni, orang dah kureng sikit ucap ari raya guna kad kan?.
zaman teknologi, semua guna sms, fb, twitter, n blog (termasukla aku sekali).he2.pastu mesej semua perkataan yang sama, xpon, jenis yang malas, foward dari mesej orang, lepas tu edit2 cket. contohnye, tambah nama sendiri, padahal bukan ko punya ayat.ha2.

Kalo guna kad raya, kite leh gak buat perhiasan. gantung ke, pe ke. lepas tu benda tu mesti
kita simpan sebagai kenangan.sms pulak, kalo inbox dh full, terpaksala delete msg2 tu.sayangkan?
tapi aku rasa, ada sebab kenapa orang semakin kurang guna kad.
sebabnya, harga setem nak poskan kad tu dah naik dah.

dulu 30 sen dah leh pos dah. tapi sekarang, aje tidaknye lagi. dah naik dah. 60 sen.tu pon ada ukuran2 dia.lagi besau n berat, lagi mahal la ekau bayar. 
aku baru bercadang nak bagi kad raya. konon2 dn poyo2 nak menghidupkan kembali budaya hantar2 kad.
penghujungnye, tak jadi bila aku tengok harga setem.aku dahla banyak nak bagi.cis!hu2
                                                                                                      
nota musafir : program-program raya ada yang best, ada yang tak.ha2.Selamat Hari Raya!



Thursday, August 4, 2011

Salam Ramadan! Musim Bunga Kerohanian

Assalamualaikum dan salam Ramadan buat semua!!
Hari ini hari keempat. so macam mana dengan amal ibadah anda semua? sama-samalah kita
merebut pahala di bulan yang mulia ini dan sentiasa memperbaikai diri.

Di sini, aku ada sedikitla tazkirah untuk kita sama2 renungkan.ok, cerita ini bukanlah untuk
mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar renungan. Semalam aku tengok Malaysia Hari Ini, melalui program
Fikrah Ramadan.bagus slot ni kalau korang ada masa tengok.

ceritanya, macam ni, seorang ustaz tu menyatakan bahawa jika seseorang itu hanya berpuasa, tetapi
tidak menunaikan solat, maka macam mana rahmat hendak turun kerana solat merupakan tiang agama. 
tanpa tiang, manakan mampu untuk didirikan khemah atau rumah.logik kan?

ada sesetengah orang ni, puasa sebab segan dengan orang sekelilingnya.
orang kata puasa ikut2 je. takut and malu disindir dan dipandang serong oleh masyarakat. tapi diaorang tak malu pulak dengan Tuhan Pencipta.

Ada orang pulak, puasa memang puasa, tapi solat ditinggalkan. macam mana kes ni?
tak tahulah macam mana nak cakap. bile orang lain berpusu-pusu ke masjid nak solat, mereka 
hanyalah mendengar saja laungan tersebut...hai, entahla..apa nak jadi.
aku tak cakap yang diri aku seoarang manusia yang dilahirkan sempurna serba serbi. tapi, setidak-tidaknya, marilah kita berusaha ke arah mendapat keredhaannya. sesungguhnya,
marilah kita bersyukur bahawa kita masih lagi dikurniakan dengan nikamat iman dan Islam

Marialh kita menambah kebaikan dan menggandakan amalan kita di bulan Ramadan ini. jadikan lah Ramadan sebagai bulan menanam hasil tuaian dan diakhirnya, iaitu Syawal sbgai bulan menuai hasil kita semai.seseungguhnya, layakkah kita bergembira di hari Raya sedangkan di bulan Ramadan, kita memandang ia sepi dan biarkan ia berlalu seolah2 rutin tahunan kita.


                                                                                                          
nota musafir:sama2lah kita renung-renungkan ya...