Monday, February 7, 2011

Saatku Toleh ke Belakang..Tenggelam Semuanya..

  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!apa khabar?hopefully, everything gonna be alright.so macam mane dengan cuti holiday Tahun Baru Cina kowang?mesti seronokkan?yela, dapat makan limau, berehat bersama keluarga tercinta dan sebagainya..but for me, cuti kali ini adalah cuti yang paling menyedihkan buat aku..kenapa?meh aku bagitau sikit.

  Kan aku ada cerita yang rumah aku kali ni kena banjir..aku sedih giler la..coz banyak barang kesayangan aku tenggelam dengan air dan xdapat diselamatkan. Kesian jugak kat mak aku yang kena angkut barang sorang2.yela, waktu tu, adik aku kat sekolah. ayah aku kerja. erm,..terpaksala aku meredhakan semuanya sekali walaupun hatiku ini pilu dan sedih. masa nak balik kampung aritu, aku kena naik bot nak ke Lenga, Muar. yela, jalan xboleh lalu.dalam giler aku cakap. masa dalam bot tu, aku sebak sangat2. yela, bila aku tengok air kat mana2 je. bumbung rumah abis tenggelam. dahla tu, bila sampai kat pusat pemindahan banjir, dapat jumpa parents aku kejap je coz takut bot nak patah balik xde.

  Sepanjang cuti, aku stay kat rumah makcik aku kat Pagoh. tu pon, aku tengok, air dah naik kat kedai2 berdekatan. stesen minyak Shell abis tenggelam. dalam hati aku cakap pe, cepat la air ni pergi.jangan la lama2 sangat.kesian kat parents aku and mangsa2 banjir. ada yang baru je abis hutang beli perabot baru,tuptup, banjir lagi. memang ramai yang xsangka banjir kali ni akan berlaku coz dah bulan 2 kan?sape tau..tapi tula nak menunjukkan kekuasaan Allah Taala keatas hamba-hambanya. DIA boleh tentukan bila2 masa je banjir nak berlaku kat mana. aku still ingat lagi antara pesanan kawan aku dan ustaz aku.."mungkin dengan musibah, dapat menghapuskan dosa2 dan mungkin sesuatu menanti kita di masa hadapan...aku redha, aku pasrah walaupun saatku toleh ke belakang, tenggelam semuanya...

  ada beberapa picture yang aku and my abang long dapat tangkap masa naik bot:








waktu dalam bot


kereta yang xdapat diselamatkan


signal berhenti pon sampai tenggelam



Bot yang patah balik



dah macam kat tasik yang kat Langkawi tu




ni baru sebahagian gambar sekitar Lenga.gambar rumah aku tenggelam nanti aku letakkan coz adik aku xsempat nak amek.tunggu bila aku balik lagi sekali..


                                                                                                         


notamusafir: kepada kedua ibu bapa, makcik, penduduk Lenga serta mangsa2 banjir sekalian, semoga anda sabar dan kuatkan semangat dalam menghadapi dugaan dari Allah Taala ini.insya-Allah,hikmah menantimu..

No comments: