Salam Maulidur Rasul..




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua. maafla, agak la jugak aku xupdate blog ni hah dek kerana kesibukan dengan assignment yang menimbun2 ni hah.. so, kaifa ha lukum? jaid? na'am..hehehehe..

bukan nak membangga, tp nak refresh kan balik pe yang aku ada belajar..cket2 je ingat coz lama dah xpraktikkan Bahasa Arab ni hah.so, hari ni, pada 15 Februari 2011, ataupon bersamaan 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah adalah tanggal yang mulia di mana Rasul junjungan kita, yang juga merupakan Penghulu segala Nabi dan Rasul telah dilahirkan di dunia oleh ibunya, Aminah. Baginda, Muhammad B Abdullah merupakan seorang yang maksum,iaini suci dari segala sifat2 keji dan mengaibkan. 

Kelahiran Muhammad di tanah Makkah Al-Muqarramah, telah menyaksikan pelbagai peristiwa telah berlaku. Antaranya, baginda sudah dilahirkan dalam keadaan bersunat, ibunya , Aminah tidak berasa sakit sewaktu melahirkan Baginda. Api yang menjadi sembahan kaum Majusi, yang tidak pernah terpadam selama beribu-ribu tahun, terpadam dengan sendirinya. Tentera bergajah, yang diketuai oleh Abrahah yang ingin menakluki Kaabah seterusnya memusnahkannya, telah dihalang apabila, Allah Taala telah mengutuskan burung Ababil, yang membawa batu2 kerikil dari neraka untuk membinasakan mereka.

So, tu adalah serba sedikit yang dapat aku kongsikan dengan anda semua mengenai sirah junjungan mulia kita, Nabi Muhammad S.A.W. aku yakin, anda semua, mengetahui serba sedikit mengenai sejarah kehidupan Baginda yang penuh dengan onak dan duri. Teringat lagi apabila Baginda pernah dibaling najis, mendapat ugutan bunuh dan dipulaukan, namun semangat jihad baginda dalam menyebarkan syiar Islam, sangat hebat! 

Teringat lagi, masa dulu2, waktu sekolah rendah. aku pergi sekolah agama belah petang dan ada belajar Sirah. saat aku membaca detik2 terakhir riwayat Rasulullah S.A.W, aku menitiskan air mata aku. tanda tidak dapat menahan sebak...walaupun disaat akhir riwayat baginda, beliau masih lagi menyebut..."ummati..ummati..ummati" iaitu "ummatku,ummatku,ummatku"..

Betapa kasihnya Baginda terhadap umatnya hingga pada penghujung nyawanya, masih mengingatkan kaummnya. sungguh bertuah kita menjadi umat Muhammad, kerana di Akhirat kelak, kita yang bakal dihisab dahulu, jika kita berterusan membuat dosa, Baginda memohon kepada Allah Taala agar tidak menurunkan bala sekaligus, seperti kaum2 sebelum ini yang musnah ditimpa bala Allah Taala. Rasionalnya? agar kita sempat bertaubat dan memohon keampunan dari Allah Taala..

Di kesempatan ini, saya menyeru anda semua (termasuk diri ini yang tidak pernah sempurna) agar sama2 lah kita mengingati Rasullulah dan sentiasa bersalawat keatasnya.kerana selain mendapat pahala, selawat kita akan dijawab oleh Baginda seolah2 kita memberi salam kepada Baginda..dan Rasulullah S.A.W juga, insya-Allah, akan turut mengingati kita walaupun kita tidak pernah bersua..

                                                                                                    

notamusafir: Nabi Muhammad S.A.W adalah satu contoh yang terbaik merangkumi semua benda.








Comments

Popular Posts