BAGAIMANA MENDRAF PERJANJIAN / HOW TO DRAFT AN AGREEMENT




Apakah Perjanjian

Secara amnya, perjanjian bermaksud suatu persetujuan di antara dua pihak atau lebih berkenaan dengan sesuatu perkara atau subjek. Perjanjian boleh dilakukan dalam bentuk lisan (verbal) dan secara bertulis (written). Bagi tujuan penulisan hari ini, kita memfokuskan kepada perjanjian secara bertulis.

Sumber Undang-Undang

Secara teorinya, tiada undang-undang secara khusus dan spesifik yang menentukan apakah format atau template perjanjian. Namun dapatlah difahami di sini bahawa bagi memastikan perjanjian tersebut mempunyai nilai atau implikasi undang-undang adalah perjanjian yang memenuhi elemen-elemen di dalam kontrak. Jika tiada elemen-elemen seperti:

  1. tawaran;
  2. penerimaan; dan
  3. balasan
Maka perjanjian tersebut tidak wujud atau tidak sah. Antara undang-undang kontrak di Malaysia yang digunapakai dan menjadi rujukan dalam mendraf sesebuah adalah seperti:



  • Akta Kontrak 1950;
  • Akta Kontrak Kerajaan 1949;
  • Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966;
  • dan lain-lain lagi.
Penulisan kali ini tidak akan memfokuskan kepada undang-undang kontrak akan tetapi kepada cara mendraf perjanjian.

1. SIAPA / WHO



    Adalah penting bagi sesuatu perjanjian itu, diketahui siapakah pihak kepada perjanjian tersebut. Pihak disini merujuk kepada,

  • Individu
Individu disini merujuk kepada orang. Boleh lebih daripada satu (1) orang di dalam perjanjian. Adalah penting diletakkan nombor kad pengenalan individu berkenaan di dalam perjanjian tersebut. individu yang telah diisytihar muflis tidak boleh memasuki perjanjian dan semakan terhadap individu berkenaan perlulah dibuat di Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) atau melalui aplikasi MyDI.

  • Syarikat / Persatuan


Pihak kepada perjanjian juga boleh dilakukan bersama syarikat atau persatuan. Syarikat tersebut hendaklah di daftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 2016 atau di daftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965. Kedua-duanya mempunyai nombor pendaftaran yang perlu diletakkan di dalam perjanjian tersebut.




Bagi persatuan, ia didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1960 dan dibawah seliaan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(JPP) di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Persatuan juga terdapatnombor pendaftaran yang dikeluarkan sebagai identiti mereka.

Status syarikat / persatuan sama ada masih beroperasi atau sudah digulungkan, boleh disemak di MdI juga.

  • Kerajaan
Pihak juga boleh dirujuk sebagai pihak kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Kebiasaannya, mereka mempunyai set perjanjian atau pekeliling yang perlu dipatuhi dalam merangka sebuah perjanjian. 

It is important to determine who is the Parties to the agreement and it can be , either individual(s) or company(ies) or society (ies). Each of it have their own registration number and it must be written down in that piece of paper.

2. BILA  / WHEN




Persoalan bila di sini merujuk kepada bilakah tarikh perjanjian ini berkuatkuasa antara pihak-pihak. Selain itu,ia merujuk juga kepada tempoh masa atau durasi sesebuah perjanjian itu berjalan dan berkuatkuasa. Ia boleh berkuatkuasa selepas pihak menandatangani perjanjian atau diletakkan suatu tempoh yang dinyatakan. Pihak-pihak perlulah peka dan sedar bilakah sesebuah perjanjian itu tamat. Hal ini kerana penamatan sesebuah perjanjian mempunyai implikasi dan kesan kepada pihak. 

Tempoh masa tersebut hendaklah dirundingkan antara Pihak-Pihak sesuai dengan perjanjian. Sebagai contoh, perjanjian pinjaman rumah misalnya, mengambil kira tempoh masa sehingga minima 30 tahun. Ini merupakan satu tempoh yang amat panjang dan pihak-pihak harus sedar akan kewujudan tempoh ini.

It is also crucial to note that when is the agreement is effective based on the effective date or upon signing or even started prior to that. Parties also must aware as when the agreement is end or how to terminate the agreement within the duration of it as it carries with implications to the parties. 


3. DI MANA / WHERE



Perkara seterusnya merujuk kepada dimanakah perjanjian tersebut akan dijalankan. Penting untuk dinyatakan di dalam perjanjian supaya pihak-pihak sedar akan obligasi dan tanggungjawab mereka di bawah perjanjian ini.





Pihak-pihak juga perlu meletakkan alamat berdaftar mereka yang lengkap di dalam perjanjian supaya urusan komunikasi antara pihak-pihak dapat dijalankan dengan baik dan berterusan, sepanjang tempoh perjanjian ini.

Next is, where is the agreement will be carried out. Parties must stated it clearly in the agreement to ensure all the obligations in the agreement is fulfilled by parties. Registered addressed is also a requirement to ensure the communication is continuous during the duration of agremeent.

4. KENAPA / WHY



Pihak-pihak perlu menyatakan mengapakah perjanjian ini dibuat supaya objektif dan matlamat kepada perjanjian ini dapat dilaksanakan. Pertimbangan munasabah mengenai perkara-perkara yang ingin dilaksanakan juga perlu diambil kira seperti faktor kewangan, kebolehlakuan pihak-pihak dan lainnya sebelum dipersetujui di dalam perjanjian.

Forth is why the parties agreed to enter into the agreement. Parties must stated their intention clearly and must take into consideration on many various reason before the agreement can be enforced.


5. BAGAIMANA / HOW








Akhir sekali adalah bagaimanakah perjanjian ini akan dilaksanakan oleh pihak-pihak. Adakah perlu untuk mematuhi sesuatu etika atau keperluan sebelum dipersetujui oleh pihak-pihak. Jika tidak, apakah caranya yang boleh dilakukan supaya matlamat tersebut dapat dilaksanakan. Hal ini adalah perlu supaya tiada pihak yang akan terkilan akibat ketidakbolehcapaian pihak dalam melaksanakan obligasi serta keperluan di dalam perjanjian ini. 

Finally, how the agreement is going to be executed by parties. Whether it is confined with certain requirements or ethics that need to be fulfilled or not. This to ensure that no parties is frustrated. Thus, remedies need to be done if parties is incapable to achieved it.



Akhir kalam, moga perkongsian ini dapat membantu kalian dalam mendraf perjanjian secara asasnya.

Celik Undang-Undang! 





Comments

Popular Posts