Akta Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012/ SOSMA 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Respond saya kepada kejadian serangan di Boston, USA, mengenai serangan bom semasa acara marathon yang melibatkan dari peserta-peserta luar negara, adalah satu kejadian yang wajar dikutuk kerana melibatkan orang awam yang tidak bersalah.






Perkara ini, walaupun masih lagi belum dikaitkan dengan aktiviti pengganas atau keganasan. Namun, mari kita lihat undang-undang di negara kita, yang digubal bagi mengatasi masalah keganasan ini, iaitu Akta Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Security Offences (Special Measures) Act 2012  a.k.a SOSMA. 


Sebenarnya, sebelum maujudnya SOSMA 2012
 juga ISA 1960(Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang 
telah dimansuh), telah wujud undang-undang 
yang mengekang keganasan,
 antaranya, Kanun Keseksaan,  Akta Pencegahan Wang Haram dan
 Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Namun,
 terdapat akta yang
lebih khusus untuk mengatasi keganasan,iaitu
ISA 1960(yang telah dimansuhkan). 

Pada dasar kewujudannya, akta ini digubal, bagi menghadapi 
masalah ancaman
komunis yang maha hebat pada ketika itu. ISA 1960 lebih berbentuk
'preventive' (pencegahan), dimana, ia membenarkan 
seseorang itu ditahan,  60 hari dan seterusnya 
dilanjutkan kepada 2 tahun,tanpa 
perlu dibicarakan ke mahkahmah. 

Jika anda masih ingat mengenai kisah Jemaah Islamiah (JI) 
pada suatu
ketika dahulu,  dimana telah melancarkan perang  terhadap YDPA, 
akta ini telah digunakan. 








Oleh kerana  desakan yang kuat untuk meminda 
ISA 1960 kerana  isu kerelevanan ia pada masa kini, SOSMA 2012 
diperkenalkan. Akta ini berbentuk 'punitive' atau hukuman dan 
didalamnya tidak dinyatakan kesalahan.  Hal ini kerana, akta ini 
perlu juga dibaca bersama dengan Kanun Keseksaan.


SOSMA 2012 hanyalah membenarkan seseorang itu ditahan dalam 
tempoh 29 hari bagi tujuan penyiasatandan selepas itu,
pihak pendakwaan haruslah mendakwa tertuduh
 mengikut kesalahan yang dilakukannya di bawah Kanun Keseksaan.

 Hal ini sangat bertepatan dengan 
maxim 'audi alteram partem' atau hak untuk didengari. 
Akta ini dapat digunakan bagi insiden 
pencerobohan di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini,
bagi mengatasi keganasan. 






Kesalahan keselamatan telah ditakrifkan sebagai 
kesalahan yang dinyatakan di dalam Jadual Satu kepada Akta ini, 
iaitu 
Kesalahan di bawah Bab VI dan VIA Kanun Keseksaan, 
dimana kesalahan 
berkaitan dengan negara  dan kesalahan terhadap keganasan. 
Sebagai contoh, Seksyen 130E, Kanun Keseksaan,  
yang melibatkan kesalahan merekrut
orang sebagai ahli kumpulan pengganas.

Diharpakan perkongsian itu tadi memberikan manfaat kepada kita semua.




Comments

Popular Posts