Salam buat Universiti Malaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Apa khabar anda?ada kesihatan?hu2.
bila aku bukak blog aq, sedar2, rupa-rupanya dah dekat 3 bulan tak update apa2 pun.
memang gila sibuk weh. segala macam benda nak kena buat.hu2.
biasalah, owg kata, student kan..

Alhamdulillah sekarang ni aku bergelar mahasiswa universiti Malaya..
memang banyak perubahan yang besar berlaku kat dalam hidup aku.
sangat2 berbeza dengan semasa aku kat UiTM dulu.
memang tak dinafikan, aku rindu semua kenangan2,kawan2 kat asasi dulu, tapi,
perubahan untuk seseorang itu penting.


Aku yakin, setiap yang Allah tentukan, ada hikmahnya. 
walaupun banyak halangan dan cabaran yang terpaksa aku tempuhi, aku perlu redha dan sentiasa kuatkan semangat aku. Ingat kembali apa tujuan aku kat sini.

Aku berjumpa dengan orang2 baru,
 (ada gak dak2 yang aku dah kenal, tapi dengan perangai2 baru diaorang), suasana pembelajaran yang baru,  aspek kehidupan yang baru, dan serba serbinya baru. ini merupakan satu lagi fasa perubahan dalam hidup aku. duduk di kuala Lumpur pun sesuatu yang xdela baru, tapi masih belum serasi, terutamanya dari segi KEWANGAN!.
memang isu mega! 

tapi, walauapapun, aku masih lagi dalam proses menyesuaikan diri, walopun dh dekat 2 bulan aku dok kat sini. memang cepat betol masa berlalu kan?

Kekuatan aku berada kat disini adalah tidak lain melainkan bersama aku, dorongan dan semangat ibu bapa aku, kawan2, cikgu2 aku. jadi, seharusnya, aku tidak mensia2kan segala harapan dan dorongan yang telah mereka berikan.

pinta aku satu aje, supaya aku dapat meneruskan perjuangan di arus dan medan yang penuh liku-liku berduri ini kerana, perjalanan aku masih jauh, panjang. 
siapa menduga masa di hadapan kita akan berlaku apa, tapi aku berharap sesuatu yang terbaik buat diriku.

                                                                             
nota musafir : baru tengok blog ni, tentang seorang insan yang mulia, yang menyelamatkan kucing2 jalanan. kakimotong!.sungguh terharu!
















Comments

Popular Posts