Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Respond saya kepada kejadian serangan di Boston, USA, mengenai serangan bom semasa acara marathon yang melibatkan dari peserta-peserta luar negara, adalah satu kejadian yang wajar dikutuk kerana melibatkan orang awam yang tidak bersalah.
Perkara ini, walaupun masih lagi belum dikaitkan dengan aktiviti pengganas atau keganasan. Namun, mari kita lihat undang-undang di negara kita, yang digubal bagi mengatasi masalah keganasan ini, iaitu Akta Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Security Offences (Special Measures) Act 2012 a.k.a SOSMA.
Sebenarnya, sebelum maujudnya SOSMA 2012
juga ISA 1960(Akta Keselamatan Dalam Negeri, yang
telah dimansuh), telah wujud undang-undang
yang mengekang keganasan,
antaranya, Kanun Keseksaan, Akta Pencegahan Wang Haram dan
Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Namun,
terdapat akta yang
lebih khusus untuk mengatasi keganasan,iaitu
ISA 1960(yang telah dimansuhkan).
Pada dasar kewujudannya, akta ini digubal, bagi menghadapi
masalah ancaman
komunis yang maha hebat pada ketika itu. ISA 1960 lebih berbentuk
'preventive' (pencegahan), dimana, ia membenarkan
seseorang itu ditahan, 60 hari dan seterusnya
dilanjutkan kepada 2 tahun,tanpa
perlu dibicarakan ke mahkahmah.
Jika anda masih ingat mengenai kisah Jemaah Islamiah (JI)
pada suatu
ketika dahulu, dimana telah melancarkan perang terhadap YDPA,
akta ini telah digunakan.
Oleh kerana desakan yang kuat untuk meminda
ISA 1960 kerana isu kerelevanan ia pada masa kini, SOSMA 2012
diperkenalkan. Akta ini berbentuk 'punitive' atau hukuman dan
didalamnya tidak dinyatakan kesalahan. Hal ini kerana, akta ini
perlu juga dibaca bersama dengan Kanun Keseksaan.
SOSMA 2012 hanyalah membenarkan seseorang itu ditahan dalam
tempoh 29 hari bagi tujuan penyiasatandan selepas itu,
pihak pendakwaan haruslah mendakwa tertuduh
mengikut kesalahan yang dilakukannya di bawah Kanun Keseksaan.
Hal ini sangat bertepatan dengan
maxim 'audi alteram partem' atau hak untuk didengari.
Akta ini dapat digunakan bagi insiden
pencerobohan di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini,
bagi mengatasi keganasan.
Kesalahan keselamatan telah ditakrifkan sebagai
kesalahan yang dinyatakan di dalam Jadual Satu kepada Akta ini,
iaitu
Kesalahan di bawah Bab VI dan VIA Kanun Keseksaan,
dimana kesalahan
berkaitan dengan negara dan kesalahan terhadap keganasan.
Sebagai contoh, Seksyen 130E, Kanun Keseksaan,
yang melibatkan kesalahan merekrut
orang sebagai ahli kumpulan pengganas.
Diharpakan perkongsian itu tadi memberikan manfaat kepada kita semua.
Comments