Salam Ramadan! Musim Bunga Kerohanian

Assalamualaikum dan salam Ramadan buat semua!!
Hari ini hari keempat. so macam mana dengan amal ibadah anda semua? sama-samalah kita
merebut pahala di bulan yang mulia ini dan sentiasa memperbaikai diri.

Di sini, aku ada sedikitla tazkirah untuk kita sama2 renungkan.ok, cerita ini bukanlah untuk
mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar renungan. Semalam aku tengok Malaysia Hari Ini, melalui program
Fikrah Ramadan.bagus slot ni kalau korang ada masa tengok.

ceritanya, macam ni, seorang ustaz tu menyatakan bahawa jika seseorang itu hanya berpuasa, tetapi
tidak menunaikan solat, maka macam mana rahmat hendak turun kerana solat merupakan tiang agama. 
tanpa tiang, manakan mampu untuk didirikan khemah atau rumah.logik kan?

ada sesetengah orang ni, puasa sebab segan dengan orang sekelilingnya.
orang kata puasa ikut2 je. takut and malu disindir dan dipandang serong oleh masyarakat. tapi diaorang tak malu pulak dengan Tuhan Pencipta.

Ada orang pulak, puasa memang puasa, tapi solat ditinggalkan. macam mana kes ni?
tak tahulah macam mana nak cakap. bile orang lain berpusu-pusu ke masjid nak solat, mereka 
hanyalah mendengar saja laungan tersebut...hai, entahla..apa nak jadi.
aku tak cakap yang diri aku seoarang manusia yang dilahirkan sempurna serba serbi. tapi, setidak-tidaknya, marilah kita berusaha ke arah mendapat keredhaannya. sesungguhnya,
marilah kita bersyukur bahawa kita masih lagi dikurniakan dengan nikamat iman dan Islam

Marialh kita menambah kebaikan dan menggandakan amalan kita di bulan Ramadan ini. jadikan lah Ramadan sebagai bulan menanam hasil tuaian dan diakhirnya, iaitu Syawal sbgai bulan menuai hasil kita semai.seseungguhnya, layakkah kita bergembira di hari Raya sedangkan di bulan Ramadan, kita memandang ia sepi dan biarkan ia berlalu seolah2 rutin tahunan kita.


                                                                                                          
nota musafir:sama2lah kita renung-renungkan ya...

Comments

Popular Posts